Siapa disini meminati dengan reka bentuk grafik atau mana-mana yang berkaitan dengan seni visual? Ada atau tidak di antara cikpuan/tuan yang mengambil bidang “Graphic Designer”?
Apa itu reka bentuk grafik ?Apakah contoh bentuk grafik dan peluang kerjaya untuk seni bentuk grafik? Apakah kemahiran yang perlu ada menjadi seorang reka bentuk grafik?
Kalau anda mahu tahu, Grafik berasal dari perkataan Greek yang merupakan persembahan visual yang ditunjukkan pada permukaan seperti dinding, kertas, papan dan yang lain-lain.
Contoh grafik ialah logo, lukisan, seni tanpa ton, nombor, simbol, reka bentuk geometri, atau imej lain.
Grafik selalunya menggabungkan teks, ilustrasi dan warna.
Grafik juga merupakan bayangan atau menggambarkan perkara yang wujud dalam dunia sebenar.
Grapic design adalah reka bentuk atau buat grafik untuk memenuhi keperluan komersil atau promosi tertentu, seperti pembungkusan, paparan atau logo. Boleh menggunakan pelbagai medium untuk mencapai kesan artistik atau hiasan.
Personaliti yang perlu ada pada seorang reka bentuk grafik adalah :
1) Lisan
Menjadi seorang graphic design haruslah mempunyai personaliti lisan yang bagus kerana anda yang akan membuat dan mencadangkan reka bentuk yang diminta atau ditempah khas oleh klien anda. Anda juga haruslah peka, dengar dengan teliti dan faham apa yang klien anda minta kerana anda yang akan membuat reka bentuk itu mengikut kemahuan klien anda.
2) Idea dan logik
Seorang reka bentuk grafik seharusnya mempunyai pemikiran yang kreatif untuk membuat reka bentuk yang baru dan original. Maksudnya, reka bentuk yang anda buat tidak boleh sama dengan orang yang lain. Disamping itu, anda juga harus berfikir bersungguh-sungguh untuk mengeluarkan idea baru atau erti kata lain “think out of the box”.
Bagi kemahiran pula, ciri-ciri kemahiran yang perlu ada pada seorang “Graphic Designer” adalah:
- Inovasi : Idea baru, pemikiran kreatif, imaginasi baru dalam bentuk peranti atau kaedah. Maksudnya, menjadi seorang reka bentuk grafik haruslah mempunyai imaginasi yang bagus, kreatif dalam membuat satu karya atau seni visual.
- Seorang Graphic Designer juga berkeupayaan untuk mencapai kesempurnaan dan ketepatan apabila mencapai sesuatu tugas. Maksudnya ialah apabila anda mencipta sesuatu reka bentuk itu, anda haruslah mencapai kesempurnaan dan ketepatan dalam membuat sesuatu hasil karya seni itu.
- Boleh dipercayai: Apabila anda melakukan atau mencipta sesuatu hasil seni visual itu biarlah kerja yang anda hasilkan itu berkualiti yang boleh dipercayai dan boleh diharap secara konsisten dari segi baik dalam kualiti ataupun prestasi kerja anda.
Akhir sekali, laluan kerjaya untuk seorang “Graphic Desginer” adalah Pereka web(Web Designer), Pengarah Seni pengiklanan(Advertising art director) ataupun Pengarah seni (Art director).
Mahu tahu apakah kerjaya yang sterusnya?
Anda boleh klik di link Info dan Laluan Kerjaya Dalam Bidang Juruterbang(Pilot) ini untuk mengetahui lebih lanjut apakah info dan laluan untuk kerjaya tersebut.